1. Telah LULUS Ujian Kem Mengembara.
2. Telah Melaksanakan Bulan Kerja Pengakap Raja sebagai sebahagian Ujian Sikap.
3. Mengikuti semua Ujian Pentarafan Pengakap Raja.
4. Telah Mencapai darjah tertinggi yang diputuskan oleh Lembaga Pentaraf Pengakap Raja dalam Jumlah Markah Keseluruhan Kem Pentarafan Pengakap Raja iaitu 870 M.
6. GAGAL tidak lebih dari 3 jenis ujian.Markah LULUS ujian ialah 50%.
7.Melakukan kesalahan melanggar Peraturan Tetap Kem/Disiplin tidak melebihi 5 perkara.Antaranya ialah :
*Gagal memakai skaf rasmi pengakap/no.peserta sepanjang perkhemahan.
*Tidak memakai Pakaian Seragam yang lengkap.
*Keluar dari kawasan kem tanpa kebenaran Ketua Pentaraf.
*Lewat/Tidak menepati masa.
*Memasuki Kawasan Larangan yang berikut :
- Penginapan Pentaraf/Pembantu/Peserta Lelaki & Perempuan.
- Kawasan Urusetia KECUALI ada hal yang penting.
- Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada Ketua Pentaraf/Ketua Perkhemahan
atau Pentaraf yang bertugas pada hari-hari berkenaan.
*Engkar dengan arahan perkhemahan.
*Mencarut atau mengeluarkan perkataan/perlakuan lucah.
*Bergaduh.
*Membakar kawasan terbuka (membuat unggun api)
*Meletak kenderaan di kawasan larangan.
*Berdua-duaan di kawasan sunyi yang mencurigakan.
*Membuang sampah-sarap merata-rata tempat.
*Melepak di gerai-gerai berhampiran ataupun kawasan dewan dan merata tempat.
8. Peserta MESTI menghadiri SEMUA Ujian yang dijalankan.
9. Masa hendaklah sentiasa dipatuhi dan ditepati.Peserta MESTILAH berada di tapak ujian sekurang-kurangnya 5 minit lebih awal.Segala tanggungjawab keagamaan adalah tanggungjawab peserta sendiri (seperti solat) kerana masa yang secukupnya adalah diperuntukkan.
10. Kawasan dan alat-alat perkhemahan MESTLAH sentiasa bersih dan teratur.
11. Undang-undang Pengakap adalah sebahagian daripada undang-undang perkhemahan.
*INGATAN*
Bersabit dengan kesalahan melebihi 5 perkara di atas,peserta telah GAGAL memenuhi syarat lulus Ujian Pentarafan.
Bersabit dengan kesalahan melebihi 5 perkara di atas,peserta telah GAGAL memenuhi syarat lulus Ujian Pentarafan.
No comments:
Post a Comment