Friday, 2 December 2011

Ke Arah Mendapatkan Anugerah Pengakap Raja

Setelah dianugerahkan Rambu Pengakap Muda dan Rambu Pengakap Remaja, pengakap akan menduduki Ujian Sikap Pengakap Raja (Peringkat Negeri) yang akan berlangsung selama 4 hari 3 malam.Ketika Ujian Sikap Pengakap Raja, Pengakap akan dinilai sikap dan teladannya di mana pengakap itu akan berkhemah,membuat khidmat masyarakat dan membuat ekspedisi.
Setelah Lulus Ujian Sikap Pengakap Raja, pengakap akan melalui peringkat terakhir iaitu Ujian Pentarafan Pengakap Raja.Semasa Ujian Pentarafan Pengakap Raja diadakan,pengakap akan diuji semua aspek berpengakap.Seseorang calon perlu membina satu tapak perkhemahan secara berseorangan serta diuji dalam bidang masakan rimba , pemetaan , simpulan dan ikatan , projek perintis , kawat dan pertolongan cemas.     

No comments:

Post a Comment