Friday, 2 December 2011

Syarat Lulus Ujian Pentarafan Pengakap Raja

1. Telah LULUS Ujian Kem Mengembara.
2. Telah Melaksanakan Bulan Kerja Pengakap Raja sebagai sebahagian Ujian Sikap.
3. Mengikuti semua Ujian Pentarafan Pengakap Raja.
4. Telah Mencapai darjah tertinggi yang diputuskan oleh Lembaga Pentaraf Pengakap Raja  dalam Jumlah Markah Keseluruhan Kem Pentarafan Pengakap Raja iaitu 870 M.
 

Ujian Pentarafan Pengakap Raja

Mengarahkan Pengakap Remaja itu menghadiri Ujian Pentarafan Pengakap Raja yang dikendalikan oleh Pengerusi Program Negeri / Lembaga Pentaraf Pengakap Raja atau arahan Ketua Pesuruhjaya Negara.

Sebanyak 13 jenis ujian akan diadakan di Kem Pentarafan ini yang merangkumi semua sukatan latihan unit Pengakap (Unit Pengakap Muda & Remaja).Antaranya ialah : 

Ke Arah Mendapatkan Anugerah Pengakap Raja

Setelah dianugerahkan Rambu Pengakap Muda dan Rambu Pengakap Remaja, pengakap akan menduduki Ujian Sikap Pengakap Raja (Peringkat Negeri) yang akan berlangsung selama 4 hari 3 malam.Ketika Ujian Sikap Pengakap Raja, Pengakap akan dinilai sikap dan teladannya di mana pengakap itu akan berkhemah,membuat khidmat masyarakat dan membuat ekspedisi.

Bagaimana Mencapai Anugerah Pengakap Raja?

Untuk mencapai Anugerah Pengakap Raja seseorang pengakap itu WAJIB menyiapkan 18 buah buku log (tertakluk kepada pindaan) dalam unit Pengakap Muda dan unit Pengakap Remaja.