Thursday, 10 November 2011

Apa Itu Anugerah Pengakap Raja?

Anugerah Pengakap Raja (King Scouts) merupakan pencapaian tertinggi bagi seseorang ahli Pengakap.Anugerah ini juga adalah simbol kejayaan ahli Pengakap remaja yang telah berjaya menamatkan skima lencana di dalam pergerakan Pengakap sekolah.Mereka akan diberikan Lencana Pengakap Raja dan dianugerahkan Sijil Diraja Pengakap Raja.

Sijil DiRaja Pengakap Raja adalah satu-satunya sijil yang paling bernilai di dalam pergerakan Pengakap.Bagi memperolehinya, ahli Pengakap perlu melalui pelbagai ujian yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia yang terkandung di dalam skima lencana pengakap.

Nilai sijil ini menjadi begitu tinggi dan lebih istimewa kerana ianya perlu mendapat limpah perkenaan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja untuk menandatangani sijil tersebut.     

Anugerah Pengakap Raja ini sama taraf dengan Eagle Scouts di Amerika Syarikat, Queen Scouts di Australia, New Zealand & England, President Scouts di Singapura dan Tiger Scouts di Korea.

Lencana Pengakap Raja
( King Scout )
 
Sijil Diraja Pengakap Raja

                                       
  • Reka bentuk lencana ini bermotifkan tengkolok DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.Dengan demikian ia dengan sendirinya membawa makna yang tepat mengenai kedudukan nilai lencana itu sendiri.Lebih tepat lagi,mereka yang memakai lencana ini seolah-olah membawa perintah Raja.
  • Motif itu diletakkan di dalam satu bentuk berupa kubah masjid yang membawa makna Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan Raja menjadi ketuanya.
  • Reka bentuk di bahagian bawah motif tengkolok diraja itu dihiasi dengan ikatan persaudaraan pengakap dan perkataan PENGAKAP RAJA yang membawa makna ianya hanya dipakai oleh Pengakap Raja sahaja.
  • Warna kuning latar belakang lencana ini membawa makna warna diraja dan warna hijau di tepi keliling lencana itu adalah warna pengakap.
  • Kedudukan warna hijau mengelilingi gubahan tengkolok diraja itu menunjukkan kesetiaan dan kasih kepada Raja.  
  

 
        Queen Scouts
Tiger Scouts
Eagle Scouts
President Scouts

1 comment: